VCT: Paper Rex ke Lower Bracket, Northeption mara ke pusingan akhir Upper Bracket

Kejohanan Last Chance Qualifier Asia Pasifik diteruskan lagi dengan hari ke-4 dengan perlawanan Paper Rex menentang Northeption.

Pada perlawanan kedua pasukan daripada Asia Tenggara itu terpaksa akur dengan kemaraan pasukan daripada Jepun itu dengan keputusan 0-2.

Perlawanan di peta Icebox pilihan Paper Rex, bermula dengan prestasi pasukan Paper Rex yang sangat baik. Separuh masa pertama dikawal rapi oleh Paper Rex sebagai Defender dengan 10-2. Namun, segalanya berubah apabila Northeption memperkemaskan setiap serangan mereka sebelum perlawanan berakhir dengan 14-12 di Overtime.

Northeption memilih Ascent untuk peta kedua. Northeption membuktikan kemampuan mereka di peta pilihan mereka ini dengan menembusi pertahanan Paper Rex pada separuh masa pertama dengan 8-4.

Prestasi D4v4i yang cukup lincah sebagai Sova juga adakala memberikan harapan untuk pasukannya melakukan comeback sebelum akhirnya akur kepada Northeption dengan 11-13.

Hari ini, pasukan Paper Rex akan menentang DAMWON di Lower Bracket pada pukul 6.00 petang waktu Malaysia. Manakala, Northeption akan menentang FULL SENSE di Upper Bracket Final pada pukul 3.00.

Perlawanan mereka boleh disaksikan di saluran YouTube dan Twitch VALORANT.

Sumber: VALORANT Esports

RELATED NEWS

+