VCT: Perjuangan Paper Rex berakhir, tewas di tangan SuperMassive Blaze

Pasukan gabungan pemain Singapura, Indonesia dan Malaysia, Paper Rex terpaksa melupakan impian untuk mara ke pusingan seterusnya mahupun untuk bersaing di Champions 2021 selepas tewas kepada SuperMassive Blaze pada perlawanan Rabu lalu. 

Bermula dengan persaingan yang cukup baik, Paper Rex berjaya mengheret SMB ke Overtime dan menewaskan pasukan Turki itu dengan 14-12 di peta Haven. 

Namun, SuperMassive Blaze memberikan persaingan yang sangat hebat pada pusingan kedua dan menundukkan Paper Rex di peta Breeze dengan 13-2.

Pada pusingan penentuan, Paper Rex cuba mendapatkan rentak permainan di Split dengan mengikat 6-6 di separuh masa pertama sebagai Deffender. Namun, pada pusingan kedua, SuperMassive Blaze memberikan persaingan yang sangat sengit dan mengakhiri perlawangan dengan 13-10. 

Selain itu, dengan Paper Rex juga tidak berjaya untuk mendapatkan tempat ke Champions 2021.

Buat masa ini, dengan Paper Rex mempunyai mata terkumpul yang sama dengan Team Secret (Bren Esports) iaitu dengan 225 mata. Jadi, jika Paper Rex ingin melayakkan diri ke Champions 2021, mereka perlu menewaskan Team Secret di Last Chance Qualifier kelak. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+