Versi Bahasa Inggeris Re:Zero – Starting Life in Another World: The Prophecy of the Throne diumumkan

Pada bulan Mei, Spike Chunsoft mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah permainan video berdasarkan novel ringan dan siri anime Re:Zero – Starting Life in Another World.

Permainan video tersebut bertajuk Re:Zero – Starting Life in Another World: The Prophecy of the Throne. Versi Bahasa Inggeris judul ini akan dilancarkan pada musim sejuk tahun ini di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Nintendo Switch.

Jalan cerita dalam judul ini merupakan kisah baharu yang tidak pernah diceritakan dalam novel ringan dan siri anime Re:Zero. Jangan risau, penulisannya dipantau oleh pencipta Re:Zero sendiri iaitu Tappei Nagatsuki.

Untuk pembelian fizikal, terdapat dua edisi terhad judul ini iaitu Edisi Hari Pertama dan Edisi Pengumpul. Edisi Hari Pertama akan dijual pada harga US$59.99 (RM260) dan ia mengandungi empat pin watak iaitu Emilia, Subaru, Rem, dan seorang watak misteri.

Edisi Pengumpul pula akan dijual pada harga US$89.99 (RM385) dan ia juga mengandungi set pin watak di atas serta:

  • Buku seni berwarna sepenuhnya yang mengandungi seni konsep, lakaran, dan ulasan serta prakata daripada pihak pembangun
  • Bekas steelbook pengumpul
  • Cakera muzik latar rasmi

Kedua-dua edisi terhad di atas hanya disahkan akan dilancarkan di Amerika Syarikat dan Eropah pada waktu ini. Penulis berharap kedua-duanya juga akan dilancarkan di Asia Tenggara.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+