Version1 memperkenalkan roster VALORANT wanita, VersionX

Sebuah pasukan VALORANT dari Amerika Utara, Version1 baru-baru ini membentuk sebuah pasukan VALORANT wanita, VersionX.

Diumukan di laman Twitter Version1, barisan terbaru ini, dikatakan akan bertanding buat kali pertama di North America VCT Game Changer Series 3 yang akan diadakan pada penghujung bulan ini. 

Barisan roster VersionX ialah:

  • Kiara “Milkyway” Blue Kukilakilaokalani Makua – in-game leader/Controller
  • Natalia “Natty” Jackson – Duelist
  • Rachel Lynn “Rush” Hang – Initiator
  • Katherine “Karra” Lee – smoker/Sage
  • Naomi Sauvola – Sentinel/Sky

VersionX bukanlah pasukan pertama wanita di dalam gelanggang e-sukan VALORANT. Sebelum ini, organisasi seperti Complexity Gaming (CLG) dan TSM pernah menghantar roster wanita mereka ke kejohanan yang sama. 

Siri Game Changer ialah acara e-sukan VALORANT yang menampilkan pasukan-pasukan wanita terbaik dunia. Amerika Utara menjadi zon pertama bagi penganjuran acara ini pada Mac tahun ini, sebelum dibawa ke zon lain, termasuk Asia Tenggara.

Sumber: Dot Esports, AFK Gaming, Version1.gg

RELATED NEWS

+