Video Game Harry Potter Sah Sedang Dalam Pembangunan, Sudah Ada Tajuk Game

Adakah korang selalu mengimpikan untuk sebuah game yang berinspirasikan dunia Harry Potter yang mana korang boleh mempelajari mantera-mantera sakti dan merayau-rayau di sekolah Hogwarts? Nampaknya mimpi korang bakal jadi kenyataan.

Sebuah rakaman menampilkan game Harry Potter bertemakan action role-playing game (RPG) dalam perspektif third-person dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Reddit dan dia mendakwa dia merakam video ini ketika dia sedang mengambil bahagian dalam satu kaji selidik.

Video leaked tersebut menunjukkan pelbagai elemen RPG seperti mereka karakter tersendiri, memperlihatkan karakter berlegar-legar dewan besar Hogwarts dalam perspektif kamera third-person, mengalahkan Dark Wizards dan Goblins dengan menggunakan jampi dan mantera sambil dengar tema runut bunyi Harry Potter yang mengamit memori kebanyakkan Potterheads (peminat Harry Potter).

Di samping video, jalan cerita video game Harry Potter ditempatkan pada abad ke-19 Wizarding World dan memfokuskan kepada karakter  pemain yang baru sahaja menyertai tahun ke-lima di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. Korang boleh pilih antara 8 jenis ahli sihir berbeza-beza dan membongkar satu kejadian misteri dalam Forbidden Forest bersama-sama Profesor Elezar Fig.

Melalui keseluruhan visual diberikan, nampak gayanya video game Harry Potter ini dihasilkan dengan kualiti permainan agak tinggi dan ada desas-desus mengatakan studio Rocksteady terkenal dengan siri Batman Arkham yang dimiliki oleh Warner Bros. Entertainment, membangunkan game ini tetapi itu tidak tepat sama sekali.

Menurut laporan Eurogamer, khabar angin video game RPG Harry Potter sebenarnya betul dan kononnya sedang dibangunkan oleh Avalanche Software yang pernah membangunkan siri Disney Infinite. Beberapa judul turut didedahkan seperti Harry Potter Magic Awakened dan Magic Forever.

Walaupun ini cuma khabar angin sahaja, Warner Bros. agak serius dengan video leaked ini. Tak sampai 24 jam, Warner Bros. sudah ambil tindakan untuk halang penyebaran video ini di YouTube dan Vimeo tetapi masih ada lagi video ini di Internet kalau korang rajin cari.

Amacam? Nampak menarik kan? Kitaorang tak sabar tengok hasil akhir game Harry Potter ini!

Sumber: Variety

RELATED NEWS

+