Video Gameplay League Of Legends (LOL) Mobile Tertiris – Jom Saksikan

Permainan mudah alih, League of Legends (LOL) Mobile yang mendapat perhatian di media sosial akhirnya tertiris apabila seorang Youtuber memuat naik video yang menunjukkan gameplay permainan berkenaan.

Kelihatan dalam video itu, pengguna memainkan Ezreal, satu karakter yang cukup popular dalam permainan berkenaan. Seperti juga Mobile Legends, pemain boleh melihat kedudukan pemain lain di peta kecil di bahagian kiri atas skrin.

Selain itu, terdapat butang kawalan berbentuk pad di kiri bawah skrin dan dua kuasa biasa dan ultimate. Nampaknya, hero hanya boleh menggunakan tiga kuasa, berbeza daripada PC dengan empat kuasa.

Butang recall juga boleh digunakan dengan dua summoner spells. Pemain juga boleh melihat jumlah duit yang diperoleh di bawah peta.

Bagaimanapun, pada versi yang mungkin tidak siap ini, Nexus tidak dilindungi menara pertahanan tapi pemain boleh melihat menara lain di lane bawah seperti dalam video.

Riot tidak mengesahkan mengenai pembangunan LOL Mobile tapi ada laporan mengatakan syarikat ini dan Tencent sedang bekerjasama untuk membangunkan permainan mudah alih ini.

Sumber rujukan: Dot Esports

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+