Video ini menunjukkan ‘backdoor’ masih boleh dilakukan, tapi perlu lebih dua orang

Selepas isu backdoor yang dilakukan oleh Echo PH ke atas BREN Esports tempoh hari, Moonton sudah mengeluarkan patch baharu yang mengambil kira masalah ini.

*Backdoor bermaksud pemain menggunakan hero mereka menyerang Kristal tanpa bantuan minion berdekatan.

Dinyatakan di nombor (3) bahawa kristal mempunyai pengurangan yang tinggi dari mana-mana serangan sekiranya tiada minion berdekatan.

Namun, video yang ditunjukkan di bawah membuktikan isu ini mungkin masih boleh berlaku kerana pada late game, setiap hero mempunyai daya serangan yang tinggi.

Video ini diambil ketika patch itu baru dikeluarkan.

Seperti yang dilihat di atas, Natan masih boleh mengenakan damage tinggi walaupun gagal kerana nyawanya yang ‘tipis’. 

Malah, sekiranya ada dua lagi hero kawan, maka ia masih boleh terjadi. Kenyataan ini juga disuarakan oleh pengguna Youtube lain di ruangan komen video itu.

Penulis juga memeriksa status terbaru base ini dan mendapati hanya 50% pengurangan serangan saja diberikan sekiranya tiada minion berdekatan.

Apa pandangan anda?

RELATED NEWS

+