Virtus.Pro rasmi melepaskan roster Free Fire kerana terlepas aksi Siri Dunia

Organisasi e-sukan yang bertapak di Russia, Virtus.pro sah melepaskan roster Free Fire selepas terlepas aksi Siri Dunia Free Fire (FFWS) November di Bangkok. 

Pasukan itu beraksi cemerlang pada CIS Path Of Champions selepas meraih naib juara Grand Final kejohanan itu.

Namun, kelayakan dua pasukan teratas liga terpaksa di tarik kembali atas faktor konflik luar Russia-Ukraine.

Pihak Garena Free Fire memutuskan tiada penyertaan pasukan yang bermain dalam liga CIS Path Of Champions pada kali ini walaupun pada awalnya ia dikategorikan sebagai salah satu roadmap rasmi Siri Dunia Free Fire (FFWS) Bangkok. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Virtus.pro (@virtuspro)

“Pasukan ini sudah bersama selama lebih enam bulan di bawah naungan VP yang mengekalkan status mereka sebagai pasukan teratas dalam rantau ini,” tulis kenyataan yang dimuat naik di Instagram Virtus.pro.

Organisasi itu juga memberikan penghargaan atas dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan pemain.

“GL (semoga berjaya) untuk masa akan datang,” tambah kenyataan itu.

RELATED NEWS

+