Vivo Keyd pertahan laluan ke Siri Dunia Free Fire buat kali kedua

Jaguh Free Fire Brazil, VIVO Keyd sekali lagi akan hadir di Siri Dunia Free Fire 2022 Bangkok akan datang selepas mengharungi hampir dua bulan kejohanan Liga Free Fire Brazil (Liga Brasileira de Free Fire 2022: Series A – Stage 2).

VIVO Keyd menjuarai Liga Free Fire 2022: Siri A- Peringkat 2 pada grand Final yang hanya diadakan satu hari sahaja. Meskipun hanya berpuas hati di peringkat liga apabila sekadar menduduki posisi keempat keseluruhan tetapi pasukan itu tidak boleh dipandang rendah kerana konsistensi dan momentumnya.

Pasukan itu menjadi pasukan pertama yang meraih 100 mata pada Grand Final yang lepas dengan pungutan sebanyak 138 mata keseluruhan dan mata singkir tertinggi iaitu 68 penyingkiran.

VIVO Keyd membuktikan tiada yang mustahil dalam kejohanan itu kerana muncul juara walaupun hanya berbekalkan satu Booyah. Konsistensi yang ditonjolkan itu adalah kunci kejayaan kerana memperoleh mata ideal sebagai ‘jaguh’ iaitu 17.25/ pusingan.

MVP pada Grand Final pula adalah pemain VIVO Keyd, Fernando Gomes Fernandes (Nando9) yang telah mencatatkan 24 mata singkir keseluruhan. Di samping itu, dua ahli pasukannya juga berada dalam senarai lima teratas bagi MVP iaitu Gerson da Silva Martins Júnior (General) dan Matheus Henrique Rodrigues Amaral da Silva (Modestia).

“Segala ketentuan adalah daripada DIA (Tuhan),” komen Nando9 selepas dinobatkan sebagai juara dan MVP Grand Final LBFF musim kelapan.

Pasukan VIVO Keyd bakal hadir di Final Siri Dunia Free Fire (FFWS) 2022 November dan diiringi Magic Squad yang akan bermain di Play-Ins. Siri Dunia Free Fire 2022 Bangkok menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM9.27 juta (AS$2 juta).

RELATED NEWS

+