Wakil MLBB ke Sukan SEA 2023 akan disahkan pada 5 Mac ini – sumber

Sukan SEA 2023 makin hampir dan banyak negara sudah pun menjalankan pemilihan atlet bagi kategori e-sukan. Dalam konteks Mobile Legends, negara seperti Indonesia dan Filipina antara yang terawal membuat pemilihan dan mengumumkannya kepada umum.

Di Malaysia, bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya bilakah pemilihan akan dibuat. Anda boleh menarik nafas lega kerana penulis menerima maklumat dari satu sumber sahih mengenai proses pemilihan.

Ini antara intipati mengenai proses pemilihan atlet MLBB ke Sukan SEA 2023:

  • Kesemua pasukan Liga Profesional MLBB (MPL MY) dijemput untuk menyatakan minat menyertai kelayakan.
  • Tarikh akhir penghantaran adalah 5 Mac.

Proses pemilihan adalah seperti berikut:

  • Jurulatih akan menemubual dan kemudian menilai pemain secara individu
  • Pemain akan bermain beberapa siri perlawanan dan akan dinilai oleh beberapa jurulatih

Wakil bagi kategori MLBB lelaki dan MLBB wanita untuk Sukan SEA 2023 akan disahkan pada 5 Mac (Ahad). Namun, pengumuman atlet yang layak akan dibuat dalam masa terdekat.

Sukan SEA 2023 akan bermula pada 5 Mei hingga 17 Mei ini di Kemboja.

Antara e-sukan yang dipertandingkan sebagai acara berpingat adalah:

PC

  1. Attack Online 2 (kategori individual dan acara berpasukan)
  2. Crossfire
  3. VALORANT

Mudah alih

  1. Wild Rift
  2. Arena of Valor
  3. PUBG Mobile (kategori individu dan acara berpasukan)
  4. MLBB (kategori lelaki dan wanita)

RELATED NEWS

+