Walaupun dah layak ke upper bracket, Suhaz EVOS tetap bagi persembahan terbaik

Suhaz EVOS secara automatiknya layak ke upper bracket selepas menewaskan Team SMG semalam. Tapi hari ini mereka tetap memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan persahabatan ke atas Orange Esports.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Dalam perlawanan pertama mereka menggunakan Minotaur untuk membantu tank di depan dan mengenakan knock up kepada pemain Orange. Kombo ini berkesan kerana ada Yve dan Claude yang boleh menggunakan ulti mereka tanpa masalah.

Di perlawanan kedua, mereka bermain dengan lebih serius dan mengambil hero-hero yang dalam meta seperti YSS, Benedetta, Lapu-Lapu. Kombo Atlas dan Luo Yi juga sangat berkesan dalam perlawanan kedua ini.

MPL MY Musim Ketujuh berlangsung selama lapan minggu dan ini adalah minggu terakhir yang mana dua pasukan tercorot akan disingkirkan daripada layak ke playoffs.

Ia menawarkan hadiah terkumpul AS$100,000 (RM400,000) untuk direbut 10 pasukan yang bertanding.

RELATED NEWS

+