WanWan menjadi kunci kemenangan Todak ke atas Team Bosskur dengan skor 2-1

Perlawanan terakhir hari ini menyaksikan pasukan Todak bertemu dengan Team Bosskurr. Kedua-dua pasukan ini harus mendapatkan kemenangan kerana mereka adalah pasukan tercorot di dalam kumpulan B setakat ini.

PERLAWANAN PERTAMA

Todak memberikan kepercayaan kepada Moon untuk menggunakan Cecilion dengan memberikan damage yang sangat tinggi di fasa late game. Todak mendapat kelebihan pada peringkat awal dengan kemahiran Ajiq melakukan rotasi untuk mendapatkan kill.

Team Bosskurr diberikan tekanan dan mereka gagal mengawal kembali permainan selepas asakan yang diberikan oleh pasukan Todak. Sun yang dimainkan Sonic kurang memberikan impact yang cukup kepada pasukan Todak.

Lord diambil dengan mudah oleh pasukan Todak dan aksi Momo menggunakan flicker + wrath of dryad berjaya menghentikan pergerakan pasukan Team Bosskurr dan Moon membuat clean up untuk memenangi perlawanan.

Sememangnya Momo layak mendapatkan MVP untuk perlawanan pertama ini, beliau menjadi kunci kemenangan untuk pasukan Todak. Momo kerap berada di barisan hadapan untuk menahan serangan yang dikeluarkan Team Bosskur serta aksi wrath of dryad pada minit terakhir memberikan kemenangan kepada pasukan Todak.

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan Todak memberikan Ciku menggunakan WanWan untuk menjadi damage dealer dan membantu Ajiq menumbangkan pihak lawan. Team Bosskurr pada mulanya mendapatkan momentum di minit awal permainan, mereka melakukan rotasi dengan begitu baik sekali. 

Draft Team Bosskurr sangat kuat pada peringkat awal permainan dengan Jawhead dan Cyclop di dalam pasukan. Neo juga berjaya menggunakan way of dragon dengan begitu baik sekali untuk menumbangkan ahli pasukan Todak.

Walau bagaimanapun, pasukan Todak lebih menyerlah selepas Ciku dan Ajiq mendapat barang core mereka. Hayabusa dan WanWan terlalu kuat di peringkat ini dan mereka berjaya memenangi perlawanan pada minit ke-14.

MVP diberikan kepada Ciku oleh kerana beliau memiliki kemahiran melepaskan diri dan farming dengan pantas. Di fasa middle game, WanWan tersangat kuat dan dia mudah membuat clean up ke atas Team Bosskurr dengan bantuan pasukannya.

RELATED NEWS

+