Warframe rentas platform, cross-save dan versi mudah alih diumumkan selain New War

Bukan sahaja diperlihatkan pengembang generasi baru New War, pembangun Digital Extremes juga mendedahkan versi rentas platform, penyimpanan data secara rentas platform dan versi mudah alih juga akan tiba.

Pengembang cerita terbaru ini ditetapkan akan dilancarkan di semua platform pada 2021 dan ia akan disertakan jawapan yang dinanti-nantikan sejak cabaran sinematik The Second Dream.

Walaupun masih belum tiada tarikh yang tetap, ia juga mengumumkan bahawa cross-save, rentas platform dan kemaskini serentak untuk semua platform sedang dibangunkan kini.

“Komuniti sangat penting bagi kami dan membuka cross-save dan rentas platform adalah salah satu daripada banyak usaha kami membawa lebih ramai pemain dan mengembangkan pengalaman Warframe ke platform permainan global yang lain,” kata Sheldon Carter, Ketua Pegawai Operasi di DE. 

Pasukan Warframe juga mengejutkan peminat dengan pelancaran versi mudah mudah alih yang akan tiba, meskipun sedikit maklumat yang diberikan.

RELATED NEWS

+