Watak Apex Legends seterusnya sudah tertiris melalui maklumat yang ‘datamine’ atau pelombong data. "> Watak Apex Legends seterusnya sudah tertiris melalui maklumat yang ‘datamine’ atau pelombong data. " /> Watak Apex Legends seterusnya sudah tertiris melalui maklumat yang ‘datamine’ atau pelombong data. " />

Watak Apex Legends Season 11 tertiris, mungkin dinamakan Maali

Watak Apex Legends seterusnya sudah tertiris melalui maklumat yang ‘datamine’ atau pelombong data.

Pembocor Apex Legends, Garret, memuat naik video yang membincangkan watak permainan seterusnya. Dengan patch Apex Legends Evolution yang baru dilancarkan, pelombong data dapat menemui jejak kod yang menawarkan lebih banyak maklumat mengenai watak permainan seterusnya.

Data itu tertera perkataan ‘Maali’ yang mungkin menjadi nama watak yang akan datang.

Musim berikutnya akan dilancarkan sekitar 3 November 2021, dan mungkin tidak hanya mendapatkan watak baru tetapi juga peta baru.

Maali mungkin akan memainkan watak ‘defence’ seperti Wattson dan Rampart kerana terdapat kod  “maali_damage_boost” yang memberi implikasi bahawa Maali akan berteraskan peningkatan damage seperti Rampart.

Model watak juga dilihat dalam data itu, namun ia kelihatan seperti ‘Ash’ dari mod Arena. Ini mungkin model sementara sebelum aspek visual watak ini disahkan oleh Respawn.

Garret mendedahkan bahawa nama ‘Maali’ mungkin nama sementara untuk watak yang akan datang itu dan mungkin mempunyai nama yang berbeza semasa pelancaran. Apex Legends sudah menerima beberapa watak-watak berteraskan mobiliti tinggi dan juga recon, dan kemungkinan Respawn akan menambahkan watak yang lebih defensif untuk menyeimbangkan barisan watak pada musim hadapan.

Peta musim hadapan juga dijumpai baru-baru ini, dan pemain akan menuju ke ‘pulau tropikal’ yang kebarangkalian terletak di planet asal Caustic dan Crypto iaitu Gaea.

Kita mungkin akan menerima lebih maklumat serta video latar belakang watak ini dalam minggu-minggu akan datang.

RELATED NEWS

+