Watak ARMS dalam Super Smash Bros. Ultimate akan didedahkan pada 22 Jun

Livestream Super Smash Bros. Ultimate (SSBU) Direct yang seterusnya akan berlangsung pada 22 Jun pada waktu 10PM. Watak daripada permainan video ARMS yang akan muncul dalam SSBU akan didedahkan di livestream tersebut.

Ini merupakan pendedahan watak baharu pertama yang disenaraikan dalam Fighters Pass Vol. 2. Masih terdapat lima lagi watak-watak lain dalam kandungan tambahan tersebut yang belum didedahkan.

Seperti biasa, Masahiro Sakurai (Pengarah SSBU) akan menjadi pengacara SSBU Direct ini. Pastikan anda tidak terlepas menonton livestream ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+