Watak baharu Super Smash Bros. Ultimate akan diumumkan malam ini

Sebuah pembentangan digital untuk mengumumkan watak baharu seterusnya dalam Super Smash Bros. Ultimate (SSBU) akan diadakan pada malam ini (1 Oktober) tepat pada waktu 10PM. Perkara tersebut diumumkan oleh Nintendo melalui akaun Twitter rasmi mereka.

Pembentangan kali ini hanya akan bertempoh selama lebih kurang tiga minit sahaja dan pengarah SSBU Masahiro Sakurai akan menyampaikan sebuah mesej pendek pada penghujung pembentangan tersebut.

SSBU kini mengandungi 76 watak yang boleh dipilih oleh para pemain dan watak tambahan terbaru iala Min Min dari permainan ARMS. Selain daripada Min Min, watak-watak tambahan lain yang telah dimasukkan adalah Joker dari Persona 5, Hero dari siri Dragon Quest, dan Byleth dari Fire Emblem: Three Houses.

Jangan lupa untuk tonton pembentangan ini di YouTube pada malam ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+