Watch Dogs 2 akan diberikan secara percuma semasa acara Ubisoft Forward

Mengikut waktu Malaysia, acara pembentangan digital Ubisoft Forward akan berlangsung pada 13 Julai pada waktu 1AM. Jika anda log masuk akaun aplikasi Uplay anda semasa livestream tersebut sedang berlansung, anda akan memperoleh Watch Dogs 2 secara percuma.

Dalam acara tersebut, Ubisoft akan mempertunjukkan pelbagai permainan video mereka yang akan dilancarkan pada masa depan seperti Assassin’s Creed Valhalla, Hyper Scape, Watch Dogs Legion, dan banyak lagi.

Jika anda pemain PC yang berminat untuk main Watch Dogs 2, pastikan anda tidak terlepas peluang ini untuk mendapatkannya secara percuma. Ia merupakan sebuah permainan video dunia terbuka yang agak menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Ubisoft Forward, anda boleh rujuk laman web rasmi Ubisoft.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+