Epic Games Store minggu ini iaitu Watch Dogs 2, Football Manager 2020, dan Stick it to The Man. Tawaran percuma ini akan berakhir pada 24 September (esok) pada waktu 11PM."> Epic Games Store minggu ini iaitu Watch Dogs 2, Football Manager 2020, dan Stick it to The Man. Tawaran percuma ini akan berakhir pada 24 September (esok) pada waktu 11PM." /> Epic Games Store minggu ini iaitu Watch Dogs 2, Football Manager 2020, dan Stick it to The Man. Tawaran percuma ini akan berakhir pada 24 September (esok) pada waktu 11PM." />

Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 percuma di EGS, tawaran tamat esok!

Jangan lupa untuk tebus permainan-permainan percuma Epic Games Store minggu ini iaitu Watch Dogs 2, Football Manager 2020, dan Stick it to The Man. Tawaran percuma ini akan berakhir pada 24 September (esok) pada waktu 11PM.

Sebelum ini, Watch Dogs 2 pernah diberikan secara percuma kepada pemain PC melalui aplikasi Uplay semasa acara Ubisoft Forward berlangsung. Bagi anda yang tidak sempat menebusnya, inilah peluang kedua untuk anda!

Jika anda lebih berminat dengan permainan simulasi tentang menjadi seorang pengurus pasukan bola sepak, anda patut menebus Football Manager 2020. Ia dilancarkan pada tahun lepas tetapi ia masih merupakan judul FM terbaru pada waktu ini.

Stick it to The Man pula merupakan sebuah permainan platformer yang dibangunkan oleh Zoink Games dan diterbit oleh Ripstone. Permainan ini menonjolkan rekaan grafik mirip kartun dan banyak menggunakan elemen kelucuan.

Pada minggu depan, Epic Games Store akan menawarkan sebuah permainan baharu secara percuma iaitu RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+