Watch Dogs: Legion akan tiba di PC dan konsol pada 29 Oktober

Setelah lama ditangguhkan, tarikh pelancaran Watch Dogs: Legion akhirnya didedahkan. Ia akan dilancarkan pada 29 Oktober tahun ini di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia. Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X juga akan tiba pada masa depan.

Ubisoft mengumumkan perkara ini melalui acara pembentangan digital Ubisoft Forward dan mereka juga mempertunjukkan trailer permainan baharu. Trailer tersebut juga memberikan lebih banyak maklumat tentang jalan cerita judul ini.

Dalam Watch Dogs: Legion, anda akan bermain sebagai pelbagai jenis watak-watak yang mahu merampas kembali kota London daripada syarikat ketenteraan swasta Albion dan Mary Kelley, ketua sindiket jenayah terbesar di London.

Jika anda mahu pra-tempah permainan video ini, anda boleh melakukannya melalui laman web rasmi Watch Dogs: Legion.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+