Watch Dogs Percuma Di EGS Pada Minggu Depan

Walaupun Epic Games Store (EGS) masih mempunyai beberapa kekurangan berbanding Steam, ia masih menawarkan satu keistimewaan yang tidak ada di Steam; permainan video percuma setiap minggu.

Bermula dari 19 Mac 2020, Epic Games Store menawarkan dua judul hebat untuk dimuat turun secara percuma: Watch Dogs dan The Stanley Parable. Tawaran percuma ini akan berakhir pada 26 Mac 2020.

Watch Dogs pada asalnya dilancarkan pada tahun 2014. Aspek utama dalam permainan video ini ialah menjadi seorang penggodam (hacker) yang boleh menggunakan telefon pintarnya untuk melakukan perkara-perkara seperti mengawal kamera litar bertutup, mencuri wang dari mesin ATM, dan banyak lagi.

Sekuel kepada Watch Dogs iaitu Watch Dogs 2 dilancarkan pada tahun 2016. Pada waktu ini, Ubisoft sedang membangunkan judul ketiga dalam siri ini yang bertajuk Watch Dogs: Legion.

Kalau anda meminati permainan video yang lebih mementingkan jalan cerita daripada cara permainan yang penuh aksi, anda perlu cuba The Stanley Parable.

Permainan video ini sering dinobatkan sebagai salah satu permainan video terhebat dari segi teknik penceritaanya. Ia telah dicalonkan untuk beberapa anugerah termasuk Best Story di BAFTA Video Games Awards 2014.

Pastikan anda muat turun aplikasi EGS di komputer anda supaya anda dapat muat turun kedua-dua permainan video hebat ini bermula pada 19 Mac 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+