WESG SEA: Dato’ Siti Nurhaliza Menyokong Anak Muda Ceburi Esports!

Kalau nak diikutkan, gaming dan esports tidak sepatutnya dianggap sebagai platform yang begitu serius dan tak perlu melibatkan hiburan. Game itu sebenarnya hiburan masa lapang jadi tak hairanlah semua golongan boleh memahami ia sebenarnya sangat penting dalam kehidupan anak muda kini.

Tok Ti atau Dato’ Siti Nurhaliza memberitahu, walaupun dirinya bukan seorang gamer tapi perspektifnya tetap positif pada esports.

“Saya ada anak saudara yang terlibat dalam esports jadi saya lihat ia jadi satu kegilaan anak muda.

“Kita tak boleh nafi teknologi sekarang berkembang dan internet serta alam maya jadi platform bagi mereka bersukan,”

Tok Ti yang menghadiri kejohanan WESG: SEA Grand Final juga berkata sepatutnya esports dipandang dari sudut positif.

“Saya diberitahu ada 12 orang jutawan esports tanah air. Sudut positifnya, kita bukan bermain untuk memanfaatkan diri sendiri saja tapi juga negara.

“Kita tengok pemain mewakili Malaysia bertanding dengan pemain luar.

“Jadi pemain perlu tahu matlamat mereka menceburi esports, jangan memudaratkan diri. Terus bekerja keras mengejar impian,”

WESG: SEA Grand Final diadakan pada hari ini hingga esok di Quill City Convention Centre menampilkan tujuh permainan video seperti Starcraft II, Dota 2, Vainglory, Hearthstone, Hearthstone (W), CS:GO dan CS:GO (W) dengan hadiah wang tunai terkumpul USD 75,000.

Seramai 10 pasukan di serata Asia Tenggara menyertai kejohanan ini bagi merebut slot untuk ke WESG International Grand Final yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD2.5 juta.

RELATED NEWS

+