Wild Rift akan memulakan beta terbuka di China

Menerusi laporan Esports Observer, Tencent mengumumkan beta terbuka bagi League of Legends: Wild Rift akan bermula pada esok (20 Mei). Namun, ia hanya untuk pengguna Android.

Ini adalah penting bagi perkembangan e-sukan Wild Rift di rantau itu kerana pada masa sama Tencent pada awal Mei mengumumkan Liga Profesional Wild Rift (WPL) akan dianjurkan dan sudah didaftar akaun rasmi di platform WeChat.

Bagi tujuan teknikal dan sebagainya, pasti akan ada bug ditemui dan fasa beta ini penting untuk pemain menikmati pengalaman bermain yang lancar dan tiada gangguan.

Sumber rujukan: Esports Observer

 

RELATED NEWS

+