Wild Rift akan menambah ciri pemilihan posisi ke perlawanan biasa

Riot Games mendedahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan ciri Position Preference dalam perlawanan biasa atau unranked di League of Legends: Wild Rift dalam kemas kini Patch 2.5 yang akan datang.

Ciri ini di Wild Rift akan membolehkan pemain menetapkan peranan yang paling disukai mereka serta peranan tidak digemari. Dengan cara ini, pencarian perlawanan akan mengutamakan peranan yang anda gemari bergantung pada berapa banyak pemain yang sedang mencari. Ciri ini sebelumnya hanya tersedia dalam Ranked Match

Walau bagaimanapun, perlawanan biasa ini akan mengekalkan format Blind Pick dan tidak akan ada Champion yang disekat.

Riot Games menyatakan bahawa kemaskini ini bagi memudahkan pemain mendapatkan perlawanan yang mereka akan rasa seronok untuk dimainkan.

Apabila kemaskini rasmi Wild Rift patch 2.5 dilancarkan pada 14 Oktober, pastikan untuk menetapkan peranan pilihan anda sebelum mencari perlawanan unranked.

RELATED NEWS

+