Wild Rift: Evelyn bakal dikenakan nerf?

Penulis yakin ramai antara anda yang mula lihat kelibat Evelyn di laluan mid ataupun top yang mana champion ini pada asalnya dikhususkan untuk jungle kerana abiliti untuk menghilangkan diri pada level 5.

Buff pada Hate Spike (abiliti pertama) pada awalnya dilakukan untuk lebih mudah pemain Evelyn mengaktifkan charm pada abiliti kedua.

Namun, kuasa pertama ini dijadikan wave clear yang mudah di lane tanpa dicederakan oleh pemain lain.

Oleh itu, Riot akan mempertimbangkan nerf ke atasnya tidak lama lagi,

Dalam satu ciapan, Alexander Huang selaku Lead Balance/Mobile Controls Designer untuk Wild Rift menyatakan perkara ini akan diusulkan dengan segera. Buat masa ini mereka masih dalam cuti tahun baru.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+