Wild Rift Japan Cup 2021 peringkat akhir berlangsung September ini, hadiah sehingga RM250,000

Riot Games akan menganjurkan kejohanan serantau bagi permainan LOL: Wild Rift iaitu Wild Rift Japan Cup 2021 yang akan diadakan pada 11 hingga 26 September ini dengan juara akan mewakili rantau mereka di Wild Rift World Championship untuk tahun ini.

Kejohanan kali ini suah pun berlangsung sejak Julai lalu bagi peringkat kelayakan. Lapan pasukan layak untuk bertanding di Peringkat Akhir yang akan menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM250,000.

 

Bagi format kejohanan ini, kesemua lapan pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang akan bersaing secara round-robin dengan perlawanan tiga terbaik. Kemudian, pasukan yang layak akan bersaing di Peringkat Kalah-Mati bagi penyingkiran. 

Bagi peringkat Separuh Akhir akan menggunakan format tiga terbaik. Manakala, Pusingan Akhir akan menggunakan format lima terbaik.

Kejohanan Wild Rift Japan Cup 2021 ini akan ditayangkan di saluran Official Riot Games JP2, dan kesemua perlawanan akan ditayangkan secara langsung dalam bahasa Jepun. 

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+