Wild Rift: Kemaskini terbaru menghadkan kemampuan Ezreal

Riot Games di bawah naungan Tencent sudah melancarkan kemaskini terbaru bagi permainan mudah alih League of Legends: Wild Rift.

Mereka mengambil keputusan untuk nerf ADC (Attack Damage Carry) yang digemari ramai iaitu Ezreal. 

Perincian nerf tersebut adalah seperti di bawah:-

Tembakan mistik (1)

Damage: 20/65/100/135 hingga 20/55/90/125

Nisbah jumlah AD: 1.2 hingga 1.1, Mana: 25/30/35/40 hingga 30/35/40/45

Flux Essence (2)

Pemulihan Mana: 60 tambah kos kemampuan mencetuskan kepada 60/70/80/90

Manamune / Muramana

Item utama Ezreal juga mendapat perhatian dan di nerf dalam kemas kini ini:

Nisbah penukaran Mana ke AD: 2 peratus hingga 1.5 peratus

Perubahan Lain

Riot Games juga telah mengemas kini leaderboard, sekarang ianya akan lebih tepat menggambarkan persentil pemain di peringkat teratas.

Selain itu, mereka juga membuat perubahan kepada algoritma matchmaking. Ini untuk memberikan permainan itu lebih seimbang dan tidak berat sebelah kepada pihak musuh.

League of Legends: Wild rift masih di peringkat beta terbuka dan ianya logik jika terdapat sebarang permasalahan yang berlaku pada waktu ini. Diharap pada peringkat pelancaran rasmi nanti, isu-isu ini tidak akan berulang lagi.

RELATED NEWS

+