Wild Rift musim Ke-3 memperkenal UI baru, ganjaran Season Pass ekslusif

League of Legends: Wild Rift Season 3 Wild Pass yang akan datang menampilkan ganjaran lebih besar lagi untuk pemain. Sejumlah penyesuaian sudah dibuat untuk memberi pemain lebih banyak insentif untuk maju melalui Wild Pass.

Pemain kini akan mendapat ganjaran untuk setiap tahap yang dicapai dalam Wild Rift Season 3 Wild Pass. Membeli Wild Pass premium juga akan membuka misi bermusim tanpa mengira sama ada anda membeli versi asas atau elit

Perubahan Wild Pass

Kandungan yang akan datang akan menampilkan pengalaman yang jauh lebih menggembirakan untuk pemain kerana mereka akan menerima ganjaran untuk setiap peringkat, tidak seperti versi Wild Pass sebelumnya di mana pemain Wild Pass percuma bermain hanya dapat menerima ganjaran pada tahap tertentu.

Membeli Wild Pass premium akan membuka lebih banyak ganjaran bagi setiap tahap. Ini juga merangkumi ganjaran skin eksklusif Hexplorer Tristana selepas tahap 50. Skin ini hanya tersedia di Wild Rift Season 3 Wild Pass yang akan datang dan tidak akan dapat diperoleh dengan cara lain.

Jenis Wild Pass

Terdapat dua jenis pembelian Wild Pass premium iaitu Basic Pass dan Elite Pass. Kedua-dua versi akan membuka misi bermusim untuk mempercepat kemajuan anda di Wild Pass musim ini. Membeli versi premium juga akan membuka ganjaran melebihi tahap 50, yang membolehkan pemain terus mencari lebih banyak ganjaran.

Pemain yang membeli Elite Pass akan mendapat Wild Pass Boost khas. Wild Pass Boost ini akan mempertingkat XP yang diperoleh dari setiap misi untuk membantu pemain maju lebih cepat. Akan ada ikon biru untuk menunjukkan sama ada Wild Pass Boost aktif atau tidak.

Pemain yang membeli Wild Rift Season 3 Wild Pass juga akan mendapat sempadan profil berwarna emas yang gah.

Harga dan Tarikh Pelancaran

Setakat ini, belum ada harga yang ditetapkan oleh Riot Games. Kita mungkin dapat mengetahui harga Wild Pass ini apabila kemas kini Patch 2.5 dilancarkan.

Tarikh pelepasan Wild Rift Season 3 Wild Pass adalah pada 14 Oktober.

RELATED NEWS

+