Wild Rift: Patch 2.1 – 6 champions baru, replay, acara dan koleksi skin baharu

Nampaknya Riot Games ingin terus menambah baik kandungan dalam permainan mudah alih mereka, League of Legends: Wild Rift.

Dalam satu posting baharu, mereka akan hadir dengan patch 2.1 yang mana ia akan dipenuhi dengan pelbagai ciri baharu dan kandungan menarik.

Di bulan ini, akan ada mod ulangan (replay) dan penonton (spectator). 

Selain itu, acara Lunar Beast juga akan hadir. Riot tak mendedahkan kandungan acara ini tapi pastinya ia akan bertemakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mungkin akan ada koleksi skin baharu.

Xayah dan Rakan juga akan hadir ke Wild Rift pada bulan ini. Mereka berdua sesuai bermain di bot lane sebagai ADC dan support.

Di bulan Mac pula, tiga champions baru akan hadir iaitu Diana, Pantheon dan Leona. Katarina juga akan membuat kemunculan pertama di Wild Rift.

Dua koleksi skins baharu iaitu Omega Squad dan PROJECT akan hadir. Malah, acara Path of Ascension juga akan hadir dan berkait rapat dengan champions dari Targon (Diana, Pantheon dan Leona).

Mungkin juga kita akan unlock champs ini mengikut garis masa ditetapkan Riot seperti dalam acara Yordle bulan lalu.

RELATED NEWS

+