Wild Rift Patch 2.4 – Masalah lag dikurangkan, sistem matchmaking ditambahbaik

Melalui Wild Rift Real Talk, pembangun League of Legends: Wild Rift, Riot Games baru-baru ini menyatakan beberapa hasrat mereka untuk memberi pengalaman yang lebih baik untuk pemain permainan itu.

Selepas mendapat beberapa aduan mengenai masalah ping spike dan sela masa (lag) semasa bermain, melalui Patch 2.4, Riot Games memperkenalkan ciri sambungan Dual 4G/Wi-Fi bagi mengatasi masalah itu. Ciri ini boleh diaktifkan di menu tetapan.

Melalui ciri ini, permainan menggunakan kedua-dua sambungan internet iaitu data mudah alih dan sambungan Wi-Fi secara serentak. 

Untuk memberikan permainan yang lebih adil, Riot Games juga akan membuat sedikit perubahan di sistem matchmaking. 

Antaranya, melalui Patch 2.4, pemain yang mempunyai MMR tinggi akan mendapat masa queue yang lebih pendek. 

Mereka juga akan merombak sistem matchmaking seperti algoritma yang lebih seimbang dan adil, bermain bersama pemain tempatan dan waktu queue yang lebih pendek. Perubahan ini akan tiba di dalam kemaskini Patch 2.5 kelak.

Riot Games juga sedang mengatasi isu win trading dan match fixing yang sedang mengganggu permainan kini. Mereka baru-baru ini mengumumkan gelombang ban ke atas mereka yang melakukan kesalahan ini dan akan memberikan hukuman yang lebih keras kepada mereka yang terlibat.

Selain itu, mereka juga akan menghukum mereka yang feeding dengan sengaja dan bentuk-bentuk kesalahan lain yang disengajakan oleh pemain. 

Riot Games juga sedang menambahbaik ciri-ciri lain seperti perubahan pada ranked dan Wild Pass yang lebih baik. 

Untuk kemaskini akan datang, mereka akan memperkenalkan ciri-ciri sosial yang baru dan akan menyediakan lebih banyak ganjaran yang menarik untuk bermain Ranked selain memberi banyak misi untuk diselesaikan.

Sumber: Wild Rift Real Talk

RELATED NEWS

+