Wild Rift: Perjuangan Berjaya Dragons berakhir, harapan kini pada Geek Fam

Kejohanan Asia Tenggara Wild Rift menyaksikan 21 pasukan merebut wang hadiah terkumpul sebanyak AS$30 ribu (RM125 ribu) dan slot untuk bermain di kejohanan dunia Wild Rift yang belum diumumkan tarikhnya.

Berjaya Dragons dan Geek Fam adalah wakil tanah air yang mana Geek Fam layak ke peringkat kumpulan oleh kerana mereka menjadi juara pertandingan ESL Mobile Open Malaysia tempoh hari.

Manakala pasukan Berjaya Dragons mara ke peringkat Play Ins selaku naib juara. Mereka bertemu dengan pasukan Buriram United di perlawanan pertama dan tewas 0-3.

Namun begitu, peluang terakhir mereka untuk bangkit di loser’s round juga tidak bernasib baik kerana sekali lagi tewas di tangan pasukan Vietnam, Divine Esports 0-3.

Meskipun tersingkir awal, pasukan Berjaya Dragons masih tidak mudah mengaku kalah dan akan mencuba dengan lebih baik di musim akan datang.

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Berjaya Dragons kerana berjaya mara ke peringkat Asia Tenggara, harapan Malaysia kini digalas oleh pasukan Geek Fam sahaja untuk memberikan yang terbaik.

RELATED NEWS

+