Wolcen: Lords Of Mayhem Dilancarkan Di Steam, Gameplay Mirip Diablo Dan Path Of Exile

Permainan video seakan Diablo 3, Wolcen: Lords of Mayhem akhirnya sedia dimainkan sepenuhnya di PC menerusi Steam dalam mod multi-pemain ataupun solo.

Wolcen yang juga Action Role-Playing Game (ARPG) sudah empat tahun meninggalkan akses awal. Biarpun begitu, pembangun, Wolcen Studio mengatakan pembangunan Wolcen tidak akan berakhir di sini.

“Kami ingin terus memberi sokongan buat masa yang lama. Kami dah ada pelan untuk kandungan dan ciri baru.

“Kami akan terus mendengar maklum balas untuk menaik taraf permainan ini,” kata Wolcen Studio dalam satu kenyataan.

Di dalam Lords of Mayhem, anda mengawal satu daripada tiga survivors dalam dunia penuh kejahatan. Sepanjang kisah ini diceritakan, anda bersama kawan karib sejak kecil iaitu Valeria dan Edric akan mengenal siapa kawan dan siapa lawan. Anda akan menemui musuh jahat, menjadi lebih kuat dan menemui banyak loot di sepanjang kembara mencabar ini.

Wolcen: Lords of Mayhem kini boleh didapatkan dengan harga RM65 manakala bundle yang didatangkan dengan soundtrack boleh didapati dengan potongan 10% (RM83.70).

Ketika mula dilancarkan, permainan video ini menghadapi server issues kerana tidak bersedia menangani 62,000 pemain yang sedang aktif. Sebelum ini, hanya 1,934 pemain aktif dicatatkan.

Sumber: Gamespot

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+