Worlds 2020 akan diadakan secara dalam talian di Shanghai, China

Banyak spekulasi melanda dunia League of Legends apabila ramai tertanya-tanya sama ada kejohanan dunia permainan video itu iaitu Worlds 2020 akan diadakan secara dalam talian atau offline.

Persoalan itu terjawab apabila Riot Games mengumumkan Shanghai, China akan hoskan kejohanan tersebut secara dalam talian.

Keputusan ini dibuat bagi mengelakkan wabak berkenaan membahayakan kesihatan pemain-pemain dan juga kakitangan yang bekerja nanti. Sebagai ganti kerana tidak dapat menganjurkannya di banyak lokasi, Riot akan mengembalikan Worlds juga di China pada tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Riot akan menunda Worlds 2022 di Amerika Utara kerana Amerika masih lagi bertarung dengan wabak COVID-19.

Pada mulanya, China umum pembatalan kepada semua acara sukan sepanjang baki tahun ini namun kerana Worlds 2020 diadakan dalam talian, Riot pastinya dapat mematuhi garis panduan dari kerajaan China untuk penganjuran kejohanan e-sukan tersebut.

RELATED NEWS

+