Xbox Series S diumumkan secara rasmi, akan dijual pada harga sekitar RM1,300 [Kemaskini]

Microsoft telah mengumumkan Xbox Series S secara rasmi dan ia akan dijual pada harga AS$299 (RM1,300). Pengumuman ini dibuat hampir serta-merta selepas maklumat mengenai konsol tersebut tertiris di media sosial.

Sama seperti Xbox One S, Xbox Series S merupakan konsol yang lebih murah dan lebih kecil berbanding konsol utama iaitu Xbox Series X. Menurut gambar yang dikongsikan oleh Microsoft, konsol ini tidak akan dipasang dengan pemacu cakera optik.

Walaupun Xbox Series S tidak mempunyai pemacu cakera optik, ia tetap mempunyai ciri-ciri hebat yang membuatkan ia sebuah konsol generasi baharu.

Berikut adalah kebolehan-kebolehan konsol ini yang disenaraikan oleh Microsoft:

  • Pengalaman permainan 1440p dengan kadar bingkai 120FPS
  • 4K upscaling
  • Dikuasai oleh Xbox Velocity Architecture
  • DirectX ray-tracing
  • SSD NVME berkapasiti 512GB
  • Variable Rate Shading
  • Variable Refresh Rate
  • Kependaman ultra-rendah

Nampaknya Microsoft sememangnya merancang untuk menyambung format pelancaran konsol yang mempunyai dua versi, satu model utama dan satu model “ringan” yang lebih murah dan mempunyai spesifikasi yang lebih rendah.

Microsoft menyatakan mereka akan berkongsi lebih lanjut mengenai konsol ini pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+