Bersempena tayangan filem Marvel Deadpool & Wolverine, Microsoft telah mengumumkan alat kawalan Xbox baharu yang rekaan elemen punggung Deadpool.
Alat kawalan tanpa wayar ini direka khas dengan Deadpool termasuk bentuk mantap bahagian belakang Deadpool.
Menurut Microsoft, alat kawalan ini dibuat untuk ‘menonjolkan’ lagi Deadpool dalam rekaan alat kawalan Xbox mereka.
Kolaborasi ini akan bermula pada 22 Julai dan hanya 1,000 pembeli terawal sahaja akan mendapat pemegang eksklusif alat kawalan tersebut.
Terdapat juga tempat letak Xbox Series X yang mempunyai katana Deadpool yang boleh dijadikan hiasan hebat.
Kolaborasi ini pasti tidak disangka dan filem Deadpool & Wolverine akan ditayangkan 26 Julai ini.