Xinn akan main di MPL ID musim kelapan?

Xinn adalah pemain core yang sangat dirindukan persembahannya di MPL Indonesia. Mana tidaknya, pemain ini ada momen game changer sendiri sewaktu di MPL musim kelima dan keenam sekali gus membantu RRQ untuk juara dan juga tidak dilupakan prestasinya di kejohanan dunia, M2 sebelum ini.

Namun, di musim ketujuh, kelibat Xinn tidak kelihatan kerana umum berehat semusim.

Kali ini, tiba pula tempoh percubaan untuk pemain RRQ. Mereka merombak roster ini dan memberikan peluang kepada pemain veteran untuk membina keserasian bersama pemain baharu.

Dalam satu penstriman langsung miliknya, Xinn berkata akan mencuba tryout bermain sebagai pemain gold lane dan bukannya hyper (jungler). 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

“Apa yang pasti masuk ke musim kelapan adalah Albertt dan R7,” katanya.

Namun, tempoh percubaan Xinn belum lagi muktamad dan kemungkinan namanya tidak akan terpilih.

Tempoh percubaan RRQ ini adalah sangat penting kerana mereka tidak berjaya mengambil takhta MPL ID musim ketujuh dan gagal layak ke MSC 2021. Jadi pastinya RRQ ingin mencuba lineup terbaik kali ini bagi mengembalikan momentum dan sebagai persediaan layak ke kejohanan dunia, M3 pula.

Foto: Indosport

RELATED NEWS

+