Xinnn pembakar semangat untuk Alberttt

Pemain veteran dari Indonesia, Xinnn adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena e-sukan Mobile Legends Indonesia. Beliau sempat meraih gelaran juara musim kelima dan keenam MPL Indonesia. Antara pemain yang cukup disegani oleh pemain profesional yang lain.

Aksinya bermain sebagai jungler/hyper mendapat banyak pujian ramai peminat di luar sana, kemahiran mekanikal yang dimiliki Xinnn menjadikan beliau salah seorang jungler terbaik Indonesia. Beliau direhatkan pada musim ketujuh dan kembali di musim kelapan untuk bermain di gold lane.

Perkara ini terjadi selepas Alberttt menggantikan tempat Xinnn semasa MPL Indonesia musim ketujuh, diangkat naik dari pasukan MDL RRQ, Alberttt juga mempamerkan kemahiran yang luar biasa sebagai jungler lebih-lebih lagi ketika bermain Ling dan Lancelot.

Selepas menewaskan EVOS Legends 2-0 pada hari sabtu lalu, Om Wawa dan Mongstar mengadakan temubual bersama Xinnn. Om Wawa ada bertanyakan apakah yang dibisikkan oleh Xinnn kepada Alberttt sebelum perlawanan dimulakan. Beliau berkata “Semangat, harus semangat ya, tidak perlu takut dan tidak perlu panik, berikan yang terbaik untuk pasukan” ujarnya.

Beliau juga ada memberikan pesanan kepada Wannn dari EVOS Legends, “Wann, kalau kamu bermain sebagai jungler, aku juga akan bermain sebagai jungler, bagaimana?” Xinnn juga rindu untuk bermain sebagai jungler namun beliau mengaku Alberttt lebih mendominasi bermain di posisi itu.

RELATED NEWS

+