Pemain profesional Dota 2, Yap ‘xNova’ Jian Wei kembali ke rantau Asia Tenggara bersama pasukannya, ‘Ragdoll’ yang baru didaftarkan demi bertanding di Pusingan Kelayakan BTS Pro Series Musim Ke-8. "> Pemain profesional Dota 2, Yap ‘xNova’ Jian Wei kembali ke rantau Asia Tenggara bersama pasukannya, ‘Ragdoll’ yang baru didaftarkan demi bertanding di Pusingan Kelayakan BTS Pro Series Musim Ke-8. " /> Pemain profesional Dota 2, Yap ‘xNova’ Jian Wei kembali ke rantau Asia Tenggara bersama pasukannya, ‘Ragdoll’ yang baru didaftarkan demi bertanding di Pusingan Kelayakan BTS Pro Series Musim Ke-8. " />

xNova kembali ke rantau Asia Tenggara, kini bersama 3 pemain Malaysia yang lain

Pemain profesional Dota 2, Yap ‘xNova’ Jian Wei kembali ke rantau Asia Tenggara bersama pasukannya, ‘Ragdoll’ yang baru didaftarkan demi bertanding di Pusingan Kelayakan BTS Pro Series Musim Ke-8.

Bekas pemain PSG.LGD dan EHOME itu antara pemain peranan support yang terbaik di pentas dunia selepas memenangi beberapa Major Championships serta mendapat podium dalam The International 2018 dan 2019. Nama beliau tidak asing lagi dalam dunia Dota 2 lebih-lebih lagi di Malaysia.

Selain xNova, pasukan Ragdoll terdiri daripada tiga pemain dari Malaysia seperti Lai “AhJit” Jay Son, Cheng “vtFαded” Jia Hao, Wang ‘Gy’ Kok Guang, dan seorang pemain China dari EHOME iaitu Zhou ‘Yif’ Yifu.

Pemain-pemain ini adalah veteran Dota 2 yang sering kali dilihat bertanding di kejohanan berperingkat tinggi seperti Chongqing Major serta The International.

Namun demikian, pasukan Ragdoll gagal melepasi Peringkat Kelayakan BTS Pro Series Musim Ke-8 selepas tewas bersama skor 2-1 di tangan pasukan Dream Maker yang juga terdiri daripada empat orang pemain dari Malaysia dan seorang pemain Laos.

Buat masa ini, tiada berita lagi jika xNova akan bersama Ragdoll untuk apa-apa kejohanan di masa hadapan.

RELATED NEWS

+