XPAX X-Assins Adalah Pasukan Mobile Legends Yang Berbakat Besar!

Kalau 10 tahun dulu kita menyaksikan pasukan e-sukan jarang menerima tajaan daripada syarikat telekomunikasi. Kali ini, semuanya berubah.

Pasukan Mobile Legends yang dulunya digelar Junior Assassin ini menyaksikan peluang lebih cerah dalam arena kompetitif apabila dilamar oleh XPAX. 

Mereka terdiri daripada Aeliff Adam (Smooth), Syed Nabil (иαмι), Mohammad Al-Hatta, Artha, Muhammad Aiqal Amran (Saiyajinn), Muhammad Siddiq Fadhil (KUKUBESI) dan Syed Fahd Syed Zain (arab).

Kenapa dalam banyak-banyak pasukan, mereka dipilih menjadi XPAX X-Assins?

  • Mereka adalah satu-satunya pasukan Malaysia di bawah global top 10 pada musim lalu.
  • Mereka juga dikenali sebagai MyA Jr sebelum ini dan meraih banyak kejayaan dan antara pesaing untuk Team Saiyan dulu.
  • Pemain masih muda dan mempunyai potensi untuk berkembang
  • Mempunyai disiplin yang baik

Baru-baru ini mereka juga layak ke Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY/SG Musim Ketiga selepas menewaskan pasukan Malaysia, EDG Project di Bronze Match. 

Baca lanjut: XPAX X-Assins, Mysterious Assassins (MyA) dan ICON Layak Ke MPL Musim Ketiga 

Dalam pasukan ini juga terdapat pemain yang pernah mendapat second runner up untuk Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2017 Malaysia dan Singapura. Pastinya dengan pengumuman ini, skuad XPAX X-Assins diharapkan pamer prestasi cemerlang di musim liga MPL S3 nanti. 

Untuk info tambahan lain, skuad ini akan digilap bakat untuk bertanding bagi kelayakan Sukan SEA 2019 di Filipina nanti!

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi mengatakan XPAX disasar sebagai peneraju jenama dalam pemerkasaan esports bagi bakat tempatan, memberi platform untuk mereka gilap bakat dan membuktikan kebolehan mereka, di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Usaha baru ini seiring dengan aspirasi kami menjadi pilihan utama bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan kami. Kami sangat teruja dengan XPAX X-Assins yang mana esports kini dalam usaha menjadi acara sukan utama untuk negara yang membawa keunggulan dan perhatian dunia.

“Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada XPAX X-Assins!,” tambahnya.

Gambar cover adalah dari Facebook XPAX X-Assins. Ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming dan esports semasa.

RELATED NEWS

+