Xray kembali di dalam arena kompetitif untuk memperkuat pasukan Geek Fam

Sebelum ini Geek Fam MY mengacah pemain baru Mobile Legends mereka. Memberikan tanda tanya kepada para peminat tentang pemain terbaru itu. Akhirnya misteri itu terjawab dengan kehadiran Xray di dalam skuad utama Mobile Legends mereka.

Beliau pernah menjadi juara untuk MPL MY/SG musim keenam bersama Todak. Berjaya menewaskan pasukan EVOS SG di peringkat akhir dengan skor 3-1. Xray adalah salah satu pemain fighter yang bijak membuka peta untuk pasukannya.

Terdahulu, Xray mengumumkan beliau akan segera rehat dari arena kompetitif e-sukan Mobile Legends pada bulan Jun yang lalu. Beliau memberikan fokus kepada bidang penstriman dan menyatakan kepada peminatnya untuk berhubung melalui penstrimannya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Geek Fam Malaysia (@geekfammy)

Pengumuman penyertaan beliau ke dalam Geek Fam itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi Geek Fam MY sebentar tadi. Kembalinya Xray ke dalam arena kompetitif pasti menjadi berita gembira buat para peminat individu ini.

Adakah dengan kemasukan Xray ke dalam pasukan Geek Fam akan menjadikan pasukan itu lebih kuat dari sebelum ini? Kita bakal saksikan.

 

 

RELATED NEWS

+