Yang Terbaik Di #XPAXKEK Zon Utara Hari Jumaat & Sabtu, Untunglah Student UTP!

Seronok betul kalau tengok pelajar universiti kumpul ramai-ramai main game. Bukan setakat nak bertanding secara sihat tapi juga untuk layak ke peringkat seterusnya.
#XPAXKEK Zon Utara yang berlangsung di UTP sejak Jumaat memang best gila. Ada esports, ada main game percuma, ada sharing session dan macam-macam lagilah!

Apa highlight korang patut tahu untuk hari pertama dan kedua ini? Haaa ni admin nak kongsi sikit..

1. Ada talk dari pakar industri, banyak belajar
ilmu baru dalam esports dan gaming!

Hari Jumaat haritu, admin dapat belajar sedikit sebanyak pasal e-sukan dan gaming. Maklumlah, bukan semua tahu tentang industri baru ni ya tak?
Student kat sini pun boleh tahan minat, ada juga yang banyak tanya soalan! Sporting betul pelajar UTP ni!

Antara topik menarik dikongsikan ialah sistem perundangan dalam e-sukan dan hasrat negeri Perak untuk kembangkan esports!
Apa pula topik yang akan dikupaskan di zon selatan nanti ya? Hmm nantikan..

2. Banyak betul lucky draw.. 
Menang hadiah best-best weh!

Rugi betul siapa tak datang Jumaat dan semalam! Ada lucky draw hadiah-hadiah menarik! Bukan barang biasa-biasa.
Dengar cerita ada barang daripada Sades, gaming chair dari Todak dan macam-macam lagilah.

Harini pun ada, so jangan risau ya. Datang je ke Dewan Canselor dan kami ada 5 sesi cabutan bertuah untuk korang. 
Untuk hari ni je, ada cabutan bertuah istimewa dari XPAX. Apa hadiahnya? Haaa korang kena la datang kalau nak tahu!

3. Tak payah bawak duit banyak-banyak, go cashless
je dengan Boost!

Lupa bawak duit? Kad ATM tertinggal? Janganlah risau, Boost kan ada! Kalau korang muat turun aplikasi ini, korang boleh top up kredit game, bayar makanan di food truck
dan banyak lagi!

Sepanjang 3 hari ni, Boost ada bukak booth mereka di Chancellor Hall, UTP! Apa yang best sangat pasal tawaran Boost ni?
Untuk RM10 korang belaja dekat food truck sini, korang boleh main permainan Quack Me Up di booth Boost dan berpeluang menang RM5 dalam aplikasi Boost!

Bukan takat tu je, 10 pemenang bertuah boleh dapatkan satu lagi peluang untuk Game Vouchers bernilai RM50. Ada PlayStation Cash Card, Steam Credits,
Garena Shells, MOL Points, Asphalt 8 Tokens, A-Cash dan macam-macam lagi di Boost Lucky Draw!

4. Suku akhir Mobile Legends #XPAXKEK memang
intense, UNIMAP dan UUM sporting habis!

Tulah, rugi siapa yang tak datang semalam tu! Pertarungan antara Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan Powerpuff Boyz dari UUM memang 
sengit habis! Kedua-duanya taknak mengalah sampai masing-masing bagi yang terbaik untuk layak ke separuh akhir.
Tapi akhirnya UUM jugak jadi juara lepas comeback dengan markah akhir 2-1. Nak tahu best macam mana match semalam, klik aje video dekat atas tu ye!

5. Ada booth XPAX, Todak, Sades dan Kitamen
Macam-macam aktiviti best ada untuk student-student UTP!

Boleh main game percuma! 

Banyaknya peripherals gaming korang boleh beli! Sades ada tawaran istimewa tau dekat booth diorang!

Seronok betul main game sambil-sambil tu dapat air botol Mountain Dew! 

Eh, eh ramai betul orang beratur dekat booth Xpax ni! Rupa-rupanya, boleh menang macam-macam hadiah bila spin roda tu and ada jugak
VR untuk korang cuba! Selain itu, XPAX ada bagi powerbank dan baucar untuk pemenang bertuah.

6. Sporting betul Nabila Razali dengan peminat!

Haaa tu dia, nak patah hati lagi ke macam mana ni? Nabila Razali bagi kejutan dekat student UTP pada jam 4 petang! 
3 lagu dipersembahkan sambil-sambil borak dengan peminat. Harini ada Naim Daniel pulak tau perform jam 6. Jangan lupa mai!

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan juga pihak UTP di atas kerjasama ini!

RELATED NEWS

+