Yoodo Alliance diumumkan

Syarikat telekomunikasi mudah alih, Yoodo hari ini mengumumkan kerjasama dengan organisasi e-sukan Sweden, Alliance. 

Mereka mengumumkan pemain-pemain daripada GRITG Ares sebagai tonggak utama Yoodo Alliance. Lineup ini pernah memenangi kejohanan kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2021, Julai baru-baru ini.

Mereka dianggotai oleh Pami, Lex, Kimz, Dinx dan Temah.

Skuad dari Perak ini meraih RM30,500 dalam kejohanan berkenaan.

Menariknya, kesemua ahli pasukan ini adalah 22 tahun ke bawah, bermakna mereka terdiri daripada bakat-bakat muda yang boleh digilap lagi.

Sebelum ini Yoodo bersama Gank selama tiga tahun dan sudah mencapai banyak kejayaan di peringkat nasional dan Asia Tenggara.

Adakah Yoodo Alliance akan memberikan saingan sengit di peringkat liga (PMPL) MYSG musim keempat nanti?

Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+