Yoodo Gank ke PMPL MYSG musim keempat bersama GRITG Ares, YSX dan Team Bosskurr

Pasukan PUBG Mobile negara, Yoodo Gank berjaya mara ke Liga Profesional PUBGM (PMPL) MYSG musim keempat selepas mencatatkan skor kedua tertinggi di Kejohanan Kebangsaan (PMNC) Grand Final sebentar tadi.

Yoodo Gank berjaya mengutip keseluruhan 188 mata, memenangi RM15,000 dan layak mengisi slot PMPL bersama tiga lagi pasukan iaitu GRITG Ares (juara), YSX dan Team Bosskurr.

GRITG Ares pula berjaya memenangi RM30,000 sebagai juara keseluruhan dengan 192 mata.

Team Bosskurr berjaya untuk buat comeback pada hari ketiga di pusingan ke-13, ke-14 dan ke-15.

Sebelum ini, Yoodo Gank mengejutkan ramai pihak apabila tidak dijemput terus ke PMPL MYSG S4 selepas mendapat tempat ke-13 di pusingan Country Finals PMPL MYSG musim ketiga. Mereka perlu melalui kelayakan menerusi PMNC.

Walaupun hanya empat pasukan yang layak ke musim liga, pasukan di tempat kelima hingga kesepuluh masih berpeluang meloloskan diri di pusingan kelayakan seterusnya yang mana mereka akan bertanding bersama skuad dari Singapura pada 24 dan 25 Julai ini.

Mereka adalah:

PMPL MYSG musim keempat dijangka bermula pada Ogos ini mengumpulkan 20 pasukan PUBGM terbaik dari Malaysia dan Singapura bertanding untuk ke Country Finals.

RELATED NEWS

+