Yoodo Gank, Team Bosskurr dan Gringos Esports layak ke PMNC 2021 Grand Final

Pasukan Yoodo Gank berjaya mara ke peringkat Grand Final Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2021 yang akan berlangsung pada 16 Julai ini. Bersama-sama menemani pasukan Yoodo Gank adalah Team Bosskur dan juga The Gringos Esport. 

Yoodo Gank dengan mata terkumpul sebanyak 145 meletakkan mereka di tempat yang pertama di carta, manakala Team Bosskur memegang 112 mata dan The Gringos Esport sebanyak 108 mata.

Kedua-dua pasukan Yoodo Gank dan The Gringos Esport berjaya mendapatkan WWCD sebanyak 2 kali sementara itu Team Bosskur, sekali. 

Empat pasukan teratas di Grand Final PMNC 2021 akan layak ke PMPL MYSG musim keempat manakala empat pasukan lagi akan berentap di dalam pusingan kelayakan PMPL MY SG musim keempat.

Tahniah diucapkan pada pasukan Yoodo Gank, Team Bosskur dan juga The Gringos Esport!

RELATED NEWS

+