Yoodo Melancarkan PUBG Mobile Campus Championship 2019 Dengan Kerjasama Tencent Dan ESL

Penyedia telekomunikasi baru, Yoodo mengumumkan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) Campus Championship 2019, yang pertama di Malaysia dengan kerjasama Tencent Games dan ESL.

Kejohanan peringkat universiti itu dijangka akan membawa lebih 6,000 pelajar universiti/kolej di serata Malaysia bertarung mendapatkan Chicken Dinner dan hadiah wang tunai terkumpul RM60,000. Paling menarik, pemenang akan menerima pelan telco selama 1 tahun dari Yoodo dan jemputan terus ke Grand Final Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2020.

Ia akan bermula pada 24 September dengan tujuh pusingan kelayakan di serata Malaysia dan Grand Final pada 24 November,

“Matlamat kami dalam industri e-sukan ini untuk menggilap dan mencari bakat-bakat baru tempatan,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

“PMCC 2019 adalah usaha seterusnya, menemui bakat dalam kalangan komuniti gaming di peringkat akar umbi.

“Kami tahu terdapat ramai lagi pemain game yang perlu dicungkil bakat mereka dan kami tidak sabar untuk melihat pembabitan mereka dalam kejohanan ini,” katanya.

Bagi menyemarakkan lagi kejohanan ini, peminat PUBG Mobile boleh menyaksikan kejohanan ini di viewing parties yang diadakan dengan kerjasama universiti berkaitan dan pelajar-pelajar.

PMCC 2019 akan mempunyai jerayawara (roadshow) selama 28 hari di 14 universiti antara 23 September dan 25 Oktober. Pelajar boleh mengharapkan ada aktiviti, promo kejohanan, barangan eksklusif dan pertarungan antara pemain profesional.

Selain itu, gamers boleh menikmati Chicken Dinner tanpa had dengan data tambahan eksklusif 20GB PUBG Mobile. 

Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/yoodoesports ataupun laman rasmi www.yoodo.com.my/pmcc2019

RELATED NEWS

+