Syarikat perkhidmatan mudah alih digital Malaysia, Yoodo mengumumkan tajaan ke atas pasukan Mobile Legends: Bang Bang, Geek Fam."> Syarikat perkhidmatan mudah alih digital Malaysia, Yoodo mengumumkan tajaan ke atas pasukan Mobile Legends: Bang Bang, Geek Fam." /> Syarikat perkhidmatan mudah alih digital Malaysia, Yoodo mengumumkan tajaan ke atas pasukan Mobile Legends: Bang Bang, Geek Fam." />

Yoodo rasmi menaja pasukan Mobile Legends: Bang Bang, Geek Fam

Syarikat perkhidmatan mudah alih digital Malaysia, Yoodo mengumumkan tajaan ke atas pasukan Mobile Legends: Bang Bang, Geek Fam.

Dalam satu acara yang bertempat di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor hari ini, Ketua Pengembangan Perniagaan Geek Fam, Sheng Wong berkata, “Kami sangat teruja kerana kini pemain-pemain Geek Fam MLBB mendapat pengiktirafan dan sokongan yang selayaknya untuk mereka.

“Sekarang kami berbangga dapat bekerjasama dengan Yoodo untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian pasukan ke tahap seterusnya,” katanya.

Sebelum ini, Yoodo menaja pasukan nombor satu Asia Tenggara, Gank. Mereka juga memperkenalkan Yoodo FV yang menampilkan beberapa pemain permainan pertarungan yang hebat di negara ini.

Antara sokongan yang diberikan oleh Yoodo kepada Geek Fam adalah sambungan Internet dan bantuan kewangan kepada organisasi tersebut. Selain itu, Yoodo juga komited untuk mendekati komuniti Mobile Legends kerana mereka sudah pun menerima pendedahan besar dalam komuniti PUBG Mobile.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun. 

“Yoodo tertumpu kepada memperkasakan pemain e-sukan dan kami sangat teruja untuk memperkenalkan add-on MLBB baharu ini yang membolehkan gamers bermain di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu bimbang kehabisan data,” katanya. 

Mulai 26 Ogos hingga 25 Oktober 2020, add-on MLBB baharu ini boleh didapati pada harga RM1 untuk 20GB data. Lima pemenang mingguan yang bertuah akan menerima 1,000 diamonds.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+