Zacus mengucapkan rasa syukur dan bangga menang MEL21 mewakili Pulau Pinang

Zacus adalah salah seorang pemain profesional untuk pasukan RSG Malaysia di dalam liga MPL Malaysia musim kelapan, beliau mula menyertai pasukan itu pada April lalu selepas meninggalkan pasukan Reborn Esports.

Sempat membuat kemunculan di MPL Malaysia musim ketujuh, anak jati Pulau Pinang ini berjaya memenangi kejohanan Malaysia Esports League (MEL21) kategori Mobile Legends, pada Selasa.

Selepas kami menemu ramah beliau, beliau menyatakan rasa bersyukur dan bangga dapat mengharumkan nama Pulau Pinang di peringkat kebangsaan.

“Pengalaman di MPL banyak membantu bagi memenangi pertandingan ini serta menguatkan diri untuk mengawal emosi dan menjadi berdisiplin sepanjang perlawanan,” katanya.

Ketika ditanya apakah cabaran yang ditempuh sepanjang pertandingan, Zacus berkata waktu pertandingan berlangsung sama dengan waktu scrim di dalam pasukan.

Akhir sekali, beliau menyatakan pasukan ini ditubuhkan lebih kurang dua tahun yang lalu dan tidak mempunyai jurulatih sementara yang dilantik. 

Tahniah sekali diucapkan kepada Zacus dan pasukan di atas kemenangan MEL 2021 mewakilkan Pulau Pinang! 

Sebanyak 16 pasukan bertanding di pusingan akhir MEL 21  yang mana 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan menghantar wakil masing-masing.

Liga ini bertujuan mencari bakat-bakat baru dalam e-sukan. Ia dianjurkan oleh Esports Integrated (ESI) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan-Persatuan E-sukan Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Ia menawarkan hadiah terkumpul RM200,000 yang dibahagikan untuk empat kategori: Mobile Legends, PUBG Mobile, FIFA 21 dan Dota 2.

RELATED NEWS

+