“Zaed ada potensi menjadi jungler terkuat Malaysia,” – Sorapayung

Muhammad Farhan Ibrahim atau Sora Payung adalah nama yang tidak asing lagi di dalam nama-nama jurulatih yang berjaya membawa sesebuah pasukan dengan jayanya.

Sora membawa Orange Esports ke tempat ketiga di dalam MPL MY musim kelapan sebelum ini di mana kini kita dapat melihat sekali lagi kehebatan Sora membawa RED Esports ke lembah kejayaan.

Di dalam satu temubual MyGameOn bersama Sora, ditanya tentang pemilihan Franco dan Vale ketika perlawanan menentang Team Caracal.

“Franco dan Vale sememangnya kombo yang sangat kuat. Selain itu, ia berkesan ke atas hero-hero yang digunakan oleh Team Caracal,” katanya.

Sora juga ada bercakap mengenai kemasukan Zaed ke RED Esports.

“Sebenarnya yang tarik Zaed masuk ke dalam pasukan adalah Ash. Selepas itu, saya cuba tryout Zaed bersama beberapa pemain yang lain. Saya lihat Zaed ada potensi menjadi jungler terkuat Malaysia,” katanya.

Ketika ditanya tentang perubahan 360 darjah terhadap pasukan RED Esports baru-baru ini, dia hanya melakukan perubahan sepatutnya.

“Pertama sekali, saya melihat scrim (latihan) dan perlawanan RED Esports musim lalu. Mereka mempunyai pemain yang berbakat, namun mereka tidak nampak lagi jalan untuk menjadi juara.

“Jadi saya masuk untuk menunjukkan sedikit garis panduan untuk menjadi juara. Selebihnya bergantung kepada pemain itu sendiri,” akhirinya.

Tonton temubual penuh di laman rasmi Tiktok kami.

@mygameondotmy kenyataan jurulatih @redesports.my, Sora tentang perlawanan semalam dan prestasi pasukan mereka di MPL MY S9 #fyp #mpl #mplmy #kakigaming #mlbb ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

RELATED NEWS

+