“Zaed sangat berpotensi menjadi jungler terbaik Malaysia ketika ini…” – Mom

Pertarungan terakhir di hari pertama MPL MY musim ke-9 menyaksikan pertemuan antara pasukan Homebois dengan RED Esports.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka memaksa perlawanan ketiga dan terakhir.

Pasukan RED membawa masuk Masha di dalam perlawanan ketiga dan ianya sangat berkesan.

Mom yang menggunakan Masha terus mengganggu farming Hayabusa yang digunakan oleh Chibi.

Oleh kerana gangguan itu, Chibi ketinggalan level dan juga buff yang dirampas oleh Zaed menggunakan Roger.

RED Esports terus mendominasi perlawanan dan mereka berjaya mendapatkan 3 turtle serta Lord.

Luminous Lord pada minit ke-15 yang diambil RED Esports berjaya memberikan mereka kemenangan.

Selepas memenangi perlawanan kali ini, Mom ditemu bual dan ditanya tentang perasaan dia memenangi perlawanan sebentar tadi.

“Saya berasa seronok meskipun kami tidak cukup latihan untuk minggu ini. Kami melakukan scrim bersama pasukan antarabangsa dari serata dunia untuk adaptasi kemaskini (patch) terkini.”

Ketika ditanya tentang Zaed “Dia boleh menjadi jungler terbaik Malaysia ketika ini, dia perlukan lebih banyak hero pool akan tetapi mekanik dan macro dia sangat tinggi.”

 

RELATED NEWS

+