Zenless Zone Zero rasmi dilancarkan di PS5, PC, iOS dan Android

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Selepas dua tahun diumumkan, kini ARPG fantasi Zenless Zone Zero dilancarkan secara rasmi di PS5, PC, iOS dan Android di seluruh dunia.

Seiring dengan itu, mereka juga mengumumkan trailer rasmi pelancaran yang menunjukkan kelibat ejen dan perlawanan menarik antara Hollows.

Zenless Zone Zero adalah entri terbaharu dari HoYoverse. Pemain akan membawa peranan sebagai “Proxy” dalam dunia pasca-kiamat, melawan musuh dan meneroka Hollows. Kota New Eridu perlu diselamatkan dan diteroka misteri disebaliknya.

Mereka juga berkolaborasi bersama DJ Tiësto untuk pelancaran ini. Selain itu, ganjaran akan diberikan berupa 1,600 Polychromes, 70 Master Tapes, 20 Encrypted Master Tapes dan 80 Boopons.

RELATED NEWS

+