Zeys akan melatih EVOS SG bagi persiapan kejohanan dunia, M2

Zeys atau nama sebenar Bjorn Ong merupakan tunggak utama bagi pasukan Evos Legends dan juga Evos SG.

Beliau berjaya membawa pasukan Evos SG menjuarai kejohanan MPL MY/SG Season 4 tahun lepas. Selain itu, pasukan Evos Legends juga berjaya memenangi MPL Indonesia Season 4 dan juga kejohanan dunia M1, di bawah arahan beliau.

Terkini, Zeys akan membawa pasukan Evos SG untuk memenangi kejohanan dunia Mobile Legends: M2 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2021. 

Untuk sementara waktu, beliau akan meninggalkan pasukan Evos Legends meskipun masih bergelar jurulatih pasukan tersebut, seperti dilaporkan ONE Esports.

Menurut Zeys, dia sudah membuat persiapan, membuat satu sistem, mengadakan latihan untuk pasukan Evos Legends ini sebelum berangkat ke Singapura. Tambah beliau lagi, dia turut percaya akan kebolehan individu yang mengambil alih tugas tersebut untuk menyampaikan apa yang beliau inginkan bagi melatih pasukan Evos Legends.

Dengan kehadiran Zeys di kejohanan dunia Mobile Legends: M2, peminat pasti akan teruja untuk menyaksikan percaturan beliau di dalam meta terkini serta strategi yang ingin dilaksanakan.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+